Saturday, 19 November 2016

HOTEL


Sempena cuti sekolah pasti ramai yang ingin membawa keluarga bercuti di tempat2 yang menarik di dalam dan luar negara. Selain daripada tempat2 yang biasa mejadi tumpuan tempat bercuti seperti Legoland, Sunway Lagoon, Hello Kitty Town, Langkawi, Kota Kinabalu, Cameroon Highland, Genting Highland, Bukit Tinggi, Pulau Pangkor, Pulau Redang, A'Famosa Resort Melaka dan lain2 lagi, sebenarnya ada banyak lagi tempat2 yang tidak diketahui ramai yang menarik dari yang unik, eksotik dan mewah. Untuk itu, Aila ingin kongsikan kepada pembaca 28 buah hotel yang sesuai untuk dijadikan destinasi pada musim percutian.


Hotel Yang Unik

1.Tubotel, Langkawi 




Tubotel adalah sebuah Hotel bajet di Langkawi dengan pemandangan tepi laut yang cantik dan indah.
Hotel ini telah dibina dari paip perbentungan bawah tanah yang terbengkalai tidak siap dan telah dibeli oleh pemilik hotel ini untuk dijadikan hotel. Ada pengunjung yang mengatakan permandangan matahari jatuh dari bilik hotel ini adalah yang terbaik di Langkawi.

1 malam dari RM138

2. Bustel Klebang Melaka



Jika anda ingin mengimbau zaman nostalgia berhimpit-himpit naik bas semasa zaman remaja ke bandar, hotel bas ini memang sesuai. Di Bustel Melaka, katil, bilik mandi dan tandas semua di dalam bas. Untuk makan, anda turun dari bas anda, dan jalan kaki masuk ke bas lain yang menempatkan kafe makan.

1 malam dari RM120

3. Hotel Kapal Selam, Klebang 


Teringin untuk merasa pengalaman dalam kapal selam tapi anda bukan tentera laut. Janga risau kali ini bukan setakat masuk sahaja malah anda siap boeh tidur di dalam kepal selam ini di mana kapal selam yang merupakan muzium menyediakan pakej penginapan  untuk pelancong.

1 malam dari RM150

4. Container Hotel, Kuala Lumpur


Ingat kerja kontrak saja boleh tidur dalam kontena? Anda pun boleh tapi kena bayar la. Hotel ini diilhamkan menggunakan kontena lama yang telah diubah menjadi hotel yang amat menarik dan unik.

Hotel ini terletak di dua lokasi iaitu di KLIA 2 dan di  No. 1, Jalan Delima, Kuala Lumpur

1 malam dari RM 56

5. Time Capsule Retreat Sungai Lembing,Pahang





Suasana hutan yang sunyi dan dingin sesuai bagi anda yang ingin lari dari kesibukan kota dan inilah tempat yang sesuai. Hotel ini terut dibina menggunakan paip perbentungan seperti di Tubotel Langkawi.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik ada di sini termasuklah  kenderaan ATV, air terjun, Jungle Trekking, Muzium Perlombongan, aktiviti merentasi sungai yang jernih yang boleh dirancang mengikut masa anda sendiri. Terdapat juga aktiviti BBQ di sini yang mengenakan caj sebanyak RM26 seorang.

No comments:

Post a Comment